Tengku Ali ? Pernah tak anda semua kenal siapakah
gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati Negeri Terengganu
Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada lagi yang
lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak
mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal.
Siapakah Tengku Ali
sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu.
Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran
Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera
sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun
1920-1942.
Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan
Ahmad 1, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala
Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran
ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung
pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang
Geography.
Walau bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah.
Pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan
Mubin Sheppard di Kemaman, Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda
dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke
Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis &
kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13.
Sultan
Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30pm
hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu.
Sepertimana anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan
Jepun di Tanah Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan
dikubah Masjid Abidin, Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan
Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan,
kerabat-kerabat diraja dan lain-lain
Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah
Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 ,
seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan
mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan
Terengganu.
Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat
diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa
pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka menistiharkan
Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu.
Mereka yang terlibat
diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh
Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah
Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan
Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta
maaf kepada Tengku Ali.
Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk
menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi
pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke
Singapura dan pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya
beliau di "tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga
pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain
di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.
Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini adalah pinjaman
semata-mata. Tidak ada yang kekal abadi didunia ini samada harta,
kekayaan mahupun kuasa. Begitulah juga dengan Tengku Ali. Beliau mangkat
pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun.
Perjuangannya mencari
pengiktirafan sebagai Sultan Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau
dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Sunday, 22 May 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment