Kontroversi Terengganu sangat menarik perhatian Edi.KONTROVERSI DENDAM BERSIRI TERENGGANU
Edi menamakan kontroversi ini sebagai kontroversi bersiri kerana ia seperti ada hubungkait antara keduanya iaitu:
1.Kontroversi Idris Jusoh.
Apa yang berlaku ialah kegagalan Idris Jusoh untuk menjawat kerusi MB Terengganu akibat secara tiba-tiba tidak direstui oleh Sultan.
Apa alas an tidak direstui? Alasannya samar-samar dan dikatakan terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum untuk menjaga maruah individu tertentu.
1.1 Alasan itu tidak bebrapa kukuh dan dianggap tidak mempunyai nilai kesalahan atau moral yang tinggi.
1.2 Untuk menyingkir Idris, perlu mempunyai sebab yang kukuh dan tidak boleh bergantung kepada tidak diperkenankan sahaja.
1.3 Tiba-tiba muncul kain pemidang atau kain rentang yang bertulis “Kami Nak Deris Natang”
1.4 Sebab untuk menyingkir Idris kini semakin kukuh iaitu alas an derhaka dan menghina sultan.
1.5 Idris tidak boleh dilantik sebagai MB Terengganu kerana:
1.5.1 Tidak diperkenankan oleh Sultan
1.5.2 Menderhaka dan menghina sultan berdasarkan kain rentang.
1.5.3 Lantikan Idris akan menimbulkan suasana tidak sihat dan tegang kerana tidak diperkenan oleh Sultan dan ia akan mengganggu gugat pentadbiran negeri dan merugikan rakyat.
1.6 Muktamat, Idris tidak boleh dilantik menjadi MB
1.7 Ahmad Said dilantik sebagai MB Terengganu tanpa watikah atau perkenan daripada PM.
2.Kontroversi Ahmad Razif.
Ahmad Razif telah dilantik sebagai MB Terengganu menggantikan Ahmad Said yang telah diarah supaya meletak jawatan kerana telah berjanji untuk berbuat demikian. Banyak lagi faktor-faktor lain termasuk kegagalan Ahmad Said mentadbir Umno Terengganu sehingga hampir tewas.
Selain itu juga ia dikaitkan dengan isu gambar PM memakai rantai yang dinaikkan di Kemaman sempena lawatan PM semasa musim banjir. Namun begitu Ahmad Said begitu yakin dan percaya bahawa penyingkirannya adalah disebabkan oleh kerana konspirasi yang dilakukan oleh Ahmad Razif yang telah menjatuhkan beliau.
Misi untuk menjatuhkan Ahmad Razif oleh Ahmad Said kini bermula.
Permasalahan dan peluang untuk menjatuhkan Razif. Jika diukur berdasarkan pencapaian, kecemerlangan yang berjaya dicapai oleh Ahmad Razif beberapa bulan sudah mengatasi apa yang dilakukan oleh Ahmad Said sepanjang pemerintahannya melalui Transformasi Terengganu Baharu.
Terdapat dua pelan untuk benamkan ahmad Razif iaitu pelan A dan pelan B.
Pelan A: Undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif dilancarkan namun Ahmad Said tersilap kira kerana sangkanya Pas masih lagi seperti dahulu. Pas kini sudah mengamalkan gaya berpolitik yang bersih dan bermoral dengan tidak berminat untuk mencampuri urusan dalaman Umno. Pas juga sudah tidak berminat untuk main kotor bagi mendapatkan Wisma Darul Iman. Pelan A gagal.
Pelan B: Sebagaimana juga dengan kontroversi Idris, kontroversi Ahmad Razif juga perlu melibatkan istana. Bezanya ialah Idris belum dilantik jadi ia mudah untuk tidak diperkenankan. Kes Ahmad Razif sudah pun dilantik namun hubungan Ahmad Razif dengan Istana mesti dikeruhkan.
Darjah kebesaran Ahmad Razif ditarik balik kerana Sultan murka. Alasannya kerana satu baris ayat. Untuk menarik balik darjah ia memerlukan sebab yang cukup kuat namun tidak ada sebab yang diberikan yang memboleh kita percaya kenapa ia ditarik balik. Ia terus misteri.
Soal pokonya sekarang ialah hubungan Razif dan Istana sudah tegang. Sama seperti hubungan Idris dengan istana dahulu.
Alasan untuk menjatuhkan Razif adalah sama modus operandinya dengan halangan untuk melantik Idris sebagai MB Terengganu dulu dengan alasan:
1. Jika Idris dulu, tidak diperkenankan oleh Sultan, jawatan Ahmad Razif kini mendapat signal tidak diperkanankan oleh sultan dengan penarikan balik darjah kebesaran
2. Matlamat untuk memalukan dan menjatuhkan maruah Idris sebagai penderhaka dan menghina sultan berjaya dilakukan dengan bahan kes kain rentang. Begitu juga proses untuk merendah, memalukan dan menjatuhkan maruah Ahmad Razif dengan penarikan balik darjah kebesaran.
3. Jika perlantikan Idris akan menimbulkan suasana tidak sihat dan tegang kerana tidak diperkenan oleh Sultan dan ia akan mengganggu gugat pentadbiran negeri dan merugikan rakyat, penerusan jawatan MB oleh Ahmad Razif juga mempunyai implikasi yang sama.
PERSOALAN PENTING KEDUA-DUA KES
1. Kain rentang Natang dan penarikan balik darjah kebesaran.
2. Kenapa individu yang memegang kain rentang itu tidak disoal siasat untuk mendapatkan siapakan yang memberikan kain rentang itu.
3.Kain rentang itu dibawa oleh cawangan mana? Adakah ianya dibawa oleh cawangan Besut atau cawangan Kemaman?
4.Kenapa tiada siasasatan terperinci bersabit kain rentang itu sebaliknya siasatan dan tangkapan berrkait SMS dilakukan.
5.Adakah insiden kain rentang itu sememangnya dirancang dan ia adalah strategi untuk melumpuhkan Idris Jusoh?
6.Ahmad Razif mesti ada melakukan kesalahan yang besar sehingga darjah kebesaran ditarik balik. Kesalahan itu mesti jauh lebih besar daripada menghina dan menggelarkan sultan sebagai Natang atau Binatang. Jika sultan boleh murka kerana sepotong ayat, Sultan boleh tak murka dipanggil natang?
7.Jawatan Ahmad Razif sebagai MB dikekalkan kerana perbincangan PM bersama sultan namun persoalannya kenapa dalam kes Idris dahulu, Ahmad Said dilantik dahulu sebelum watikah dan PM tidak ada ruang untuk selesaikan?
8.Ahmad Said masih lagi gagal menjatuhkan Ahmad Razif namun ia tidak akan berhenti disitu dan kita tunggu dan lihat…siasatan diberhentikan sementara menunggu kes baru berjalan.
Sebagai ringkasan ulasan, kedua-dua insiden ini mempunyai plot yang sama Cuma masa berbeza. Namun kedua-duanya dilakukan berteraskan dendam.
Dendam insiden pertama ialah kerana Ahmad Said sudah lama menyimpan dendam untuk menjadi MB dan usaha itu telah berjaya namun dendam kedua dilakukan kerana beliau percaya Ahmad Razif yang jatuhkan beliau. Dendam masih dalam proses laksana
0 comments:
Post a Comment