Monday, 23 May 2016

Dendam Bersiri Punca Kemelut Terengganu

Kontroversi Terengganu sangat menarik perhatian Edi.
KONTROVERSI DENDAM BERSIRI TERENGGANU


Edi menamakan kontroversi ini sebagai kontroversi bersiri kerana ia seperti ada hubungkait antara keduanya iaitu:

1.Kontroversi Idris Jusoh. 

Apa yang berlaku ialah kegagalan Idris Jusoh untuk menjawat kerusi MB Terengganu akibat secara tiba-tiba tidak direstui oleh Sultan.
Apa alas an tidak direstui? Alasannya samar-samar dan dikatakan terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum untuk menjaga maruah individu tertentu.

AirAsia CEO hits back at Wee

PETALING JAYA: Tourism Malaysia chairman Wee Choo Keong will be asked to give an explanation for his outburst against AirAsia in Beijing.

"Wee's action is something that is uncalled for because I think as a nation, we should promote tourism and we should promote our airlines when we are abroad.

"I would like an explanation from him over his action," Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said.

Wee had allegedly lost his cool and destroyed an AirAsia bunting put up at a Tourism Malaysia booth at the Beijing International Tourism Expo (BITE) last Friday.

According to news reports, Wee had allegedly lambasted his staff at the expo for having an AirAsia bunting displayed in the area of their booth as he claimed that the carrier had not paid the appropriate fees to have their branding at the booth.

It was reported later that Wee then broke the bunting with his bare hands and allegedly exclaimed that "he hated AirAsia".

Wee had criticised AirAsia in the past during his tenure as a Member of Parliament for allegedly owing airport tax in the region of RM50 million.

At press time, theSun was not able to reach Wee for comment on the matter.
Meanwhile, AirAsia Group CEO Tan Sri Tony Fernandes today hit back at Wee, alleging that the latter had been "tormenting" the budget carrier for many years.

"For many years this man has tormented us. We have no idea why. I invited him many times to visit AirAsia Allstars," he said on his Facebook page.

Fernandes said Wee's actions were "over the top" as his carrier has brought in the most Chinese tourists into the country.

"But this is over the top. AirAsia brings in the most Chinese tourists. You be the judge of what's right and what's wrong," the post went on, accompanied by a screenshot of an article in the Chinese media of the outburst which happened last Friday.

SOURCE

Sunday, 22 May 2016

Tengku Ali Sepatutnya Jadi Sultan Terengganu.

Tengku Ali ? Pernah tak anda semua kenal siapakah gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada lagi yang lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal.

Siapakah Tengku Ali sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu. Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942.

Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography.

Walau bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah. Pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman, Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.

 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13.
Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30pm hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu. Sepertimana anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan dikubah Masjid Abidin, Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan, kerabat-kerabat diraja dan lain-lain

 Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu.

Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka menistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu.

Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali.

Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke Singapura dan pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di "tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.

Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal abadi didunia ini samada harta, kekayaan mahupun kuasa. Begitulah juga dengan Tengku Ali. Beliau mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun.

Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.

Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).

Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat. Zahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari ini Zahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari ini.

Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini. "Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja. "Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.

 Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (Gambar atas).

Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat. "Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

 "Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.

 Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1). 8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong. Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.

 Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1). Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini. Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu

sumber

Kronologi krisis 19 hari Idris-istana

Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu berakhir di meja mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

 Tarikh penting krisis menteri besar Terengganu 

9 Mac - Menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang cuba menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, gagal menemui baginda sehingga tengah malam.

Beliau ingin menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyerahkan senarai ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri selepas BN kembali memerintah negeri itu - menguasai 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

10 Mac - Majlis angkat sumpah menteri besar (Idris) di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac - Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul, dan kemudian tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac - Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris. Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan. Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac - Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya. 15 Mac - Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi. Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris. Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac - Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac - Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar. Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan peranan sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam. Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.

20 Mac - Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

 21 Mac - Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan. Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah dijadual pagi esoknya. Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengisytiharkan untuk memulau majlis tersebut. Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal. Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR. Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR. Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya pada sebelah pagi. Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad "tidak mengikut perlembagaan" kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN. Pada sebelah malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris. Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.

Peguam Negara menasihatkan Pemangku Raja Terengganu dan MPPR agar melantik seseorang yang mendapat dukungan majoriti wakil rakyat seperti termaktub peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, untuk menjelaskan fakta-fakta dalam isu tersebut.

 24 Mac - Ahmad disambut meriah di kawasannya Kemaman, diarak dengan konvoi kenderaan sejauh 10 kilometer dari sempadan Pahang ke rumahnya di Teluk Kalong petang ini. Ahmad bertegas akan ke pejabat menteri besar untuk memulakan tugas di Wisma Darul Iman esok. Sebelah tengah hari, Ahmad menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

PAS menyatakan sokongan kepada pelantikan Ahmad seperti telah diperkenan oleh MPPR. PKR membuat aduan polis di Kuala Terengganu, mendakwa perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat BN "bersikap biadap dan menderhaka" kepada Sultan Terengganu.

25 Mac - Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi, solat hajat dan masuk ke pejabat lamanya sewaktu menjadi exco penggal lalu. Idris melahirkan kesediaan memohon keampunan daripada Sultan Terengganu atas segala kesilapan yang telah menimbulkan kemurkaan baginda. Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang "Kami nak Idris, natang" yang didakwanya menghina institusi raja. Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis berhubung kain rentang itu dan kenyataan beberapa pemimpin Umno negeri dalam Berita Minggu dua hari sebelumnya.

26 Mac - Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, antaranya membincangkan krisis pelantikan menteri besar Terengganu. Idris bertemu Abdullah di pejabatnya di Putrajaya selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Butiran kedua-dua pertemuan ini tidak didedahkan kepada umum. Ahmad diura-urakan kekal sebagai menteri besar dan usaha Idris menuju jalan buntu. Rosol, bagi pihak kumpulan 22 wakil rakyat yang menyokong Idris, menggesa Abdullah agar "bersikap tegas" melantik bekas menteri besar itu. Sekumpulan penduduk negeri itu membuat aduan polis berhubung kain rentang "Kami nak Idris, natang"

 27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) Umno sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana. Persiapan sambutan besar-besaran di Terengganu menjelang keberangkatan pulang Tuanku Mizan pada Sabtu ini.

Polis membuka empat kertas siasatan daripada 26 aduan sepanjang krisis ini. Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat kes seorang ahli politik kanan yang didakwa menyeleweng dalam beberapa projek di Kijal dan Chukai, Kemaman.

Misteri Kehilangan Sharlinie Mohd Nashar kekal Sepi

Beberapa tahun lalu, berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan. Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar lama dimainkan media sebelum ia menjadi suram.

Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum dia didapati hilang.

Masyarakat mula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak ‘lelaki kucing’ setelah suspek dikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.

Kehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila kes itu timbul ketika kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas.

Polis yang meneruskan siasatan dilihat semakin ‘dingin’ dan kehilangannya masih lagi tidak diketahui hingga ke hari ini.

Thursday, 22 May 2014

Kes Misteri Yang gagal Diselesaikan Hingga Kini

Jean Perrera Sinappa merupakan bekas ratu cantik di mana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Tetapi 4 bulan kemudian iaitu pada 6 April 1979, dia dijumpai mati di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bekas teman lelaki yang juga abang iparnya, Karthigesu dijumpai tidak sedarkan diri di tepi jalan luar kereta tersebut.

Apabila Karthigesu sedar di hospital, dia mengadu dipukul di bahagian kepala dari arah belakang. Keputusan mahkamah mendapati Karthigesu didapati bersalah membunuh Jean dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pihak pendakwaan mengemukakan kes di mana Karthigesu dilihat cemburu apabila mendapati Jean mempunyai hubungi sulit dengan doktor di Sri Lanka, Dr Narada Warnasurya.

Bagaimanapun, Karthigesu dibebaskan dua tahun selepas rayuannya diluluskan di Mahkamah Rayuan. Macam mana boleh bebas?